PENGENALAN

"De GOLDEN TART & COOKIES" HALAL PRODUCT - perusahaan bumiputera diasaskan sumber resepi traditional dan moden yang diubah suai bagi memenuhi citarasa terkini. Tiada bahan pengawet. Terdapat aneka biskut dan produk Halalan Thoyibbah yang diusahakan oleh pengusaha yang berpengalaman luas dalam menyediakan aneka cupcakes dan biskut yang istimewa. Ia menjanjikan rasa yang sedap dan berkualiti tinggi. Insyaallah pasti tidak menghampakan! Cantik pada mata sedap pada rasa



PERKHIDMATAN TEMPAHAN CUPCAKE,CAKE,BISKUT-BISKUT RAYA DAN COKLAT.

SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS :-
PERTUNANGAN/PERKAHWINAN
KENDURI KENDARA
BIRTHDAY
HANTARAN



Sila hubungi:
Zai@Milee 013-2194 122
Mimi 013-3249 503
Zaidi 013-2194 121
Email : milee368@gmail.com

RESEPI NASI KEBULI

RESEPI NASI KEBULI

Bahan:
1 gtg beras wangi (+- 4 kg)
3 genggam bawang merah hiris
3 genggam serai hiris                                          
3 genggam halia hiris
3 genggam lengkuas hiris
3 genggam lada hitam
3genggam ketumbar
kunyit hidup di blander
Ayam 2 ekor
Minyak masak,garam,daun pandan

Cara masak ayamnya:
Ayam seekor-seekor dibersihkan.dilumur dengan kunyit blander dan garam. Ketepikan.
Masakan air yang dimasukkan setiap bahan ini sebanyak 2 genggam iaitu bawang merah,halia,lengkuas,ketmbar dan lada hitam sehingga mendidih.
Celor ayam selama 5 minit.
Angkat.
Tuskan.

Panaskan minyak,Goreng ayam bersama rempah  dan daun pandan yang di rebus tadi sehingga garing.
Air rebusan tadi simpan untuk di gunakan memasak nasi.

Cara memasak nasi:
Bahan rempah yang selebihnya tadi di tumis didalam periuk(kalau orang kampung masak masa kenduri guna kawah) masukkan beras,goreng sehingga beras nampak retak-retak,Kemudian masukkan air rebusan ayam td secukupnya...biakan nasi masak.
Setelah masak nasi,hidangkan bersama ayam td...

RESEPI ASAL DIAJAR OLEH TOKWAN SITI AJAR IBRAHIM DARI BT.9 KG KUALA KENONG KUALA LIPIS PAHANG..DIMANA BERMULA TERCIPTANYA RESEPI INI SEPERTI CERITA YANG ADA DI MUZIUM KUALA LIPIS.