PENGENALAN

"De GOLDEN TART & COOKIES" HALAL PRODUCT - perusahaan bumiputera diasaskan sumber resepi traditional dan moden yang diubah suai bagi memenuhi citarasa terkini. Tiada bahan pengawet. Terdapat aneka biskut dan produk Halalan Thoyibbah yang diusahakan oleh pengusaha yang berpengalaman luas dalam menyediakan aneka cupcakes dan biskut yang istimewa. Ia menjanjikan rasa yang sedap dan berkualiti tinggi. Insyaallah pasti tidak menghampakan! Cantik pada mata sedap pada rasa



PERKHIDMATAN TEMPAHAN CUPCAKE,CAKE,BISKUT-BISKUT RAYA DAN COKLAT.

SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS :-
PERTUNANGAN/PERKAHWINAN
KENDURI KENDARA
BIRTHDAY
HANTARAN



Sila hubungi:
Zai@Milee 013-2194 122
Mimi 013-3249 503
Zaidi 013-2194 121
Email : milee368@gmail.com

RESEPI CUPCAKE

RESEPI ASAS CUPCAKE
Bahan

1 cwn butter
2 cwn tepung penaik
1 cwn gula
5 biji telur
1 sudu vanilla

 Caranya: Asingkan telur putih dari telur kuning. Pukul telur putih hingga naik gebu.ketepikan. pukul butter bersama gula..Dah kembang.Masukkan telur kuning...pukul lagi.Bila dah gebu, masukkan tepung dan pukul pelahan hingga sebati...masukkan putih telur tadi..tebalik..tebalikkan dengan senduk hingga sebati...kemudian bolehlah dimasukkan dalam paper cup. Bakar selama 20 minit suhu 180 darjah. jika nak kan cupcake lain-lain rasa...masukkan lah berbagai perasa lain...






FONDANT ICING

Bahan

1 kg gula ising
17 gm gelatine halal
100 gm air
1 sudu besar sirap glukos
12 gm shotening/krimwell
40 gm gliserin

cara2

Gelatin dan air disatukan dlm periuk kecil dan panaskan double-boiler hingga cair. masukkan sirap glukos dan shortening. kacau hingga larut dan mendidih sebentar.Angkat dari api dan campurkan gliserin. Kacau dan biarkan sejuk sedikit.
Gula ising diayak 2 kali. Masukkan dlm mangkuk pengadun.Putar dgn menggunakan alat hook. Gunakan kelajuan pelahan dan tuangkan cecair tadi.Ia akan menjadi doh yang lembut.
Jika guna tangan,tuangkan cecair tadi kedlm gula ising dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Simpan dlm plastik kedap udara sehingga digunakan. Ia boleh di simpan selama 1 minggu pada suhu bilik.



FONDANT CAIR

Bahan

6 cwn gula ising  (ayak)
1/2 cwn air
2 sudu besar sirap glukos
1 sudu teh esen ros

cara2

Satukan gula ising,air dan sirap glukos dlm periuk. Masak atas api pelahan dan kacau hingga sederhana pekat tetapi jgn sampai mendidih. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan keatas cupcake. ising boleh diwarnakan.


ROYAL ICING


Bahan

3 biji putih telur
500 gm gula icing
2 gm serbul krim tatar

Caranya;
satukan semua bahan...putaran dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu. boleh la di paipkan ke atas kek.


ICING (utk hiasan @ buat bunga)

Bahan;

1 kg gula ising
1500 gm -180 gm putih telur
15 gm cuka ising
20 gm gliserin

cara;
Ayak gula ising 2 kali. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula ising sedilit demi sedikit hingga habis...
Masukkan cuka ising dan gliserin,putar lagi kelajuan sederhana selama 5-7 minit sehingga kembang dan gebu.....
Bila dah siap tutup dgn tuala basah supaya tidak kering...
Bila hendak digunakan kacau dgn senduk...boleh di campurkan dgn pewarna makanan.

BUTTERCREAM

Bahan...
250 gm butter
750 gm krimwell
350 golden syrup
100 gm gula ising
1 sudu bsr tepung jagung

Cara;
Putar krim well hingga kembang dan masukkan butter,putar lagi dgn kelajuan sederhana selama 15 minit.
Pelahankan kelajuan...masukkan golden syrup. putar lg 5 minit..hingga gula sebati. Putar lagi sehingga kelihatan gebu.